Monday 30 November 2009

Terapi Minda & Mata


Bunga kantan



Salam bahagia semua yang mengunjung di sini...sekarang musim cuti panjang untuk persekolahan anak-anak kita....ada yang menghantar anak tuisyen supaya jgn leka dirumah dan ada yang belajar di rumah saja ..yang dah tentu memerlukan komitmen yang tinggi untuk melakukannya....bagiku kalau menghantar anak kekelas tuisyen musim cuti ni mestilah datang dengan kehendak hatikecilnya juga...kalau dipaksa memang tidak bermakna apa-apapun ..hanya masa & wang ringgit yang terkorban....... itulah dugaan yang mendatangi kita dalam mendidik anak-anak zaman sekarang.....jika dibandingkan dengan zaman kita dulu sangat berbeza..tak perlulah diceritakan disini....... hanya diri ini selalu berdoa kepadaNya semoga dipermudahkan urusan mendidik anak-anak supaya mereka menjadi anak-anak yang beriman dan berjaya. Bercerita mengenai komitmen ni, akak nak berkongsi cerita tentang kisah kakak sepupuku yang memang sangat komitmen dalam apa saja perkara yang dilakuknya.......
Oklah, masa beraya dikampung minggu lepas, sempat akak menziarah sepupu kak yang tinggal berdekatan dgn rumah arwah abah akak....walaupun tinggal dekat dgn rumah kelahiranku tapi kak jarang berkesempatan mengunjunginya disebabkan akak duduk jauh dari kg asalku itu... hanyak nak kongsi cerita ..tentang sepupuku ini yang sangat rapat denganku semasa kecil hingga kami meningkat remaja.....kami terpisah lama selepas itu, kerana beliau berhijrah ke luar negara. Hanya berjumpa semula setelah beliau pulang dan membina rumahnya dikg kami....





Semasa mengunjungi rumahnya yang membuatku terpesona ialah cara dia mengisi rutin kehidupannya dengan membuat aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan untuk dikongsi bersama...apa yang sempat dirakam di sini ialah hobinya menanam perlbagai jenis bunga -bungaan yang boleh menyebabkanku terlekat mendengar ceritanya tentang bunga-bunga ni...saja ku rakamkan dalam blog ni untuk terapi minda dan mata....





Ini ialah pandangan hadapan rumahnya...sepupuku ini beruntung kerana kawasan rumahnya sangat luas hingga boleh buat aapa-apa aktiviti digemarinya..selain menanam bunga , beliau juga memelihara segala jenis ayam dan itik....dan juga mempunya kebun yang luas di belakang rumahnya.....
selain itu beliau juga mempunya minat melukis dan mempunyai rumah kecil berasingan untuk lukisannya....sesungguhnya beliau seorang yang berbakat dan mempunyai comitmen yang tinggi walaupun membuat perkara yang kita fikir remeh temeh....





Bunga2 raya ini adalah sebahagian koleksi bunga yang ditanamnya..selain ini ditanamnya juga herba2 yang sangat jarang dijumpai di sini..akak akan N3 kan secara berperingkat tentang sepupuku ini.. teruja ku nak berkongsi satu minatnya lagi iaitu koleksi pingganmangkuknya yang boleh buat bijimataku terjojol keluar.....apappun layan dulu le n3 ni ya...kita jumpa lagi.....byeeee.

4 comments:

  1. Salam nor..cantiknya kawasan rumah tu tambah lagi bunga yg tgh kembang..tanam bunga ni memang seronok lebih lg bila subur tp kelemahan akk tanam pokok yg berbunga sah2 gemuk daun je..koleksi akk lebih kpd pokok hijau..ok la..slmt bercuti nor

    ReplyDelete
  2. SALAM KAK ATON..haah sy tgk dah kawasan tanaman hijau akak tuu...cantikk..saya tak d pun ..saya bagi varse kecil tu kalau2 kak aton boleh tanam kektus dalam tu hehehe. cousin sy ni bunga2 dia mekar2, dia guna baja lah kak ...

    ReplyDelete
  3. ADUHAI KAK NOR......RUMAH IDAMAN SAYA SUAMI ISTERI MCM TUHLAH KAK. DI TENGAH2 KAWASAN LAPANG KEMUDIAN DIKELILINGI POKOK2 BUNGA DAN DEDAUN MERIMBUN. BILALAH NAK DPAT AKAK DOAKAN YA.

    ReplyDelete
  4. YA ZU, IDAMAN AKAK JUGE...AKAK DOAKAN YA..X MUSTAHIL NAK DAPAT TU...DAH DAPAT SOK JEMPUT AKAK KE RUMAH YA..NANTI KAK N3 AKTIVITINYA DI RUMAH DAN KOLEKSI PINGGAN MANGKUKNYA ITUUU..DASATTTT...TAPI LMBT SIKIT KUT..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails