Thursday 10 December 2009

Emak ku kahwin lagi..



Salam ceria...N3 diteruskan dengan cerita tembagaku yang seciput ni...dah lama kusimpan barang2 ni ..nak tambah tak juga. Usia tembaga ni pun dah berpuluh tahun...Bekas tepak sireh dua-dua tu arwah MIL punya.. sekarang dalam simpananku. Hanya vase tembaga tu akk punya , hadiah perkahwinan kami dah lebih 21 tahun dulu. Piala lama yang ada tu pulak souviner dari tuan rumah yang akk beli ni..rumahnya pun antik, sampai member kata porchnya macam zaman P.Ramlee..apa nak kata sebab yang kami nak beli tanah rumah ni sebenarnya. Ok, terpanggil untuk N3 tembaga sebab banyak sangat jemputan kahwin cuti sekolah..sampai satu hari tu pernah pi smpai 4 buah rumah aduhai...tapi jemputan kahwin kenalah pegi..besar harapan tuan rumah menunggu..








Tepak sireh ni walaupun akk simpan tapi macam brg wakaflah jugak sebab MIL punya dulu.. Bulan 8 hari tu pun dah lepas ke Sabah untuk meminang bagi pihak anak saudara suami...laku jugalah akan datang tepak sireh ni ,sebab ramai lagi cucu arwah ni yang tak kahwin...Sebut pasal kahwin2 ni...dalam menyusun jadual untuk menghadiri undangan perkahwinan, pening kepala sebab dalam masa yang sama mak akak pun nak kahwin..hehehe jangan terkejut...Tarikh kendurinya tu(siap pasang khemah u) sama pulak dengan abang ipar nak kahwinkan anaknya ..Mak oh mak...camnalah besok ni...Tapi legalah sikit sebab mak maklumkan akadnya diawalkan dari tarikh kendurinya itu...









Mak telah menjanda selama 10 tahun lebih..tinggal keseorangan di kampung kami yang rumah pusaka tu duduk atas tanah seluas 2 ekar lebih.. Selepas adik bungsu pi Matrik tinggalah mak ni sorang2. Sekarang ni dia terpaksa menyewa rumah di pekan kecil jauhnya 2 kilometre dari rumah kampung...Kadang-kadang kesian juga kat orang tua ni sebab yang anak2 sibuk memanjang...balik pun last2 minute..almaklum semua dengan masalah masing2...Macam raya haji yang baru lepas, nasib baik ku balik sebelum raya, kalau tidak mak dah nekad nak bungkus kain baju nak bawak diri beraya ke bandar yang anak2nya ramai duduk...Itupun aku sampai malam raya, mak dah siap masak rendang & tempah lemang. Sebab tu keputusannya untuk kahwin lagi , kami relakan je sebab dapat juga dia kawan bersembang dan menolongnya..Anak mana yang suka mak dia kahwin tapi kita jangan fikir perasaan kita je, fikirlah kenapa mak bertindak macam ni..aku menyokongnya walaupun sedih juga..almaklum dah ada suami lainlah pulak rentak mak ni nanti..Hanya aku berharap dan berdoa semoga mak dijodohkan dengan lelaki yang bertanggungjawab dan menyayanginya sepenuh hati...sanggup membahagiakannya dan ikhlas mengahwininya..Mak akk ni masih sihat dan berniaga kecil-kecilan semenjak arwah abah akak ada lagi. Kami ni semua sepuloh orang adikberadik kami teruja juga menunggu saat-saat mak berdua..semoga mak bahagia.




Bekas tepak kat atas tu peninggalan mak mertuaku...Sebelum mak mertua akk meninggal , kami duduk bersama arwah hampir 7 tahun juga..Arwah meninggal ketika sedang menunaikan fardhu maghrib malam kejadian . Ketika arwah MIL sedang sujud , beliau kembali kerahmahtullah... ingat lagi aku sedang membasuh pingganmangkuk di dapur, suamiku bercakap kenapa mak sujud lama sangat..tak sedap hatiku mendengarnya..Ku suruh suami memanggil mak tapi suamiku macam terpaku..aku bingkas menuju ke arahnya dan memegang badan MIL. Arwah terus rebah dan menyebabkan kami semua tergamam dan dengan keadaan menggigil, kami mengangkat arwah menuju ke hospital ..tetapi Allah lebih menyanyanginya dan pemergianNya adalah pada malam rakyat mahu menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita 310g0s 1999. Sudah 10 tahun arwah pergi tetapi aku rasa macam baru je berlaku semalam...sesuangguhnya apabila seseorang itu telah tiada , baru kita rasa kehilangannya..Oleh itu bagiku, selalu mengingatkan diri ini biarlah seseorang itu ada dari tiada...terlalu banyak kenangan yang mengimbau apabila seseorang itu telah meninggalkan kita...tambahan pula kalau kita banyak menghabiskan masa dengan mereka...Kehidupan ini memang sementara.....












Tembaga dua biji ni adalah hadiah perkahwinanku 21 tahun lepas...lamanya dah tapi rasa macam baru je berlalu ....bukan kawanku yang bagi tapi kawan suamiku..berbangsa China.Selepas 20 tahun baru nak digilap sampai berkilat.Sebelum ni kusam je sbb kami ni berpindahrandah lebih jugalah 5 kali rasanya..sebab tu tak kesah nak lawokan rumah..baru ni jelah rasa nak menetap terus. Entahlah kut2 di masa depan ni berpindah lagi sebab rezeki, maut, jodoh adalah ketentuanNya . Ok lah panjang dah rasanya mengalahkan karangan nak amk PMR ni...kepada yang sudi membacanya terimakasih, kalau tak aku yang baca n3 ni berkali-kali sambil mengimbau kisah lama..jumpa lagi kita kalau ada cerita ceriti menarik .....wassalam..








14 comments:

  1. salam dan pagi nor
    akk seronok baca karangan nor w'pun pnjg tapi mudah faham sbb bahasanya tersusun..lupa pl nor kan cikgu ye.Ye lah izinkan setulus hati demi kebahagiaan emak, saya pun ddk dgn mertua sejak kahwin kerana kesian kami tak pindah..syukur atas nikmat dari Allah.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Nor, wahhh walaupun panjang tapi seronok membacanya...tak sedar tiba2 dah habis karangan...hehehe...itu menandakan karangan tersebut dangatlah bagus...al-maklumlah kan cikgi, oppss..cikgu, yg mengarangnya...

    tapi itulah, betullah kata Kak Nor, kita kena fikir perasaan orang tua nih kan... kalau kita tak kasi kahwin, adakah kita sanggup nak ulang alik balik kampung setiap minggu nak jenguk mak kita tu kan? ... lagi pun kalau mak kak Nor masih kuat lagi, dia pun ingin berteman,...betul tindakan kak nor adik beradik tu..harap anak2 mendoakan agar mak mendapat jodoh yg baik dan bertanggung jawab utk menjaga mak kak nor...aminn..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Punya fikiran yang terbuka. KakmOn pon rasa nak kawinkan aja ayahnda kat kampung tu supaya dia ada teman, taklah dia sunyi sgt. Kita ni bila dah berkuarga memang susah gak nak turun-naik jenguk orang tua. Rasa berdosa tu memang pun diatas sekali.

    p/s Nor64(64 tu tahun lahir ka?)kalo camtu kenalah kakmOn duduk dibawah :) Ampon ye kak(?)

    ReplyDelete
  4. salam kak nor..
    baru baca n3 akak arini..semalam tenet slow bangett..
    pasal kawin lain nie seeloknya kita relakan saje..walaupun jarang kita dengar perempuan akan kawin lain berbanding lelaki bila kehilangan pasangan masing2..10 tahun tu agak lama..mungkin dah terbuka hati untuk berdua2an semula..
    kita doakan moga mak akak bahagia hendaknya..kita pun tak tau nasib kita kendian hari..maybe mak akak sunyi tanpa teman bicara..anak2 dah besar panjang & ada family sendiri utk diurus..
    (pssst..mak akak umur bape & bakal ayah tiri pulak umur bape ?..hehe..)

    ReplyDelete
  5. salam k.aton..terimaksh sudi baca karangan pmar tu ...kami relakan je sebab dia lebih tahu apa nakk buat..oh kak aton duduk ngan m.mertua ya..saya sempat 7 tahun . sebelum tu pun arwah selalu ikut mana saya duduk..ke utara pun dia ikut duduk skadg2 sampai 2 bulan....k.atom pun lebih taukan..

    ReplyDelete
  6. askm azzah8, t.ksh suka baca karangan akk tu..heheh e .akak karangan ikut sodap mulut yo..memanglahh kami harap emak dijaga dengan baik hingga akhirhayatnta..dah tua2 ni memang kita nak cari jalan bahagia kan..x naklah masalah lagi...dah puas depa ni hidup susah dulu.t.ksh atas doa azzah tu

    ReplyDelete
  7. salam ninasuria..64 tu tarikh keramat hehehe tarkh lahir, no rumah, no kete pun pangkal 64.Sebab susah kami nak jenguk mak ni satu faktor mak nak kahwin ..dia nak balik rumah kampungnya ..tinggal sorang2 takut juga..rasanya kakOm blhlah carikan utk ayahanda tu..kesian dia...kalau akak dah suruh dia kahwin je...ada teman..

    ReplyDelete
  8. salam yatt...akak tau sebagai anak kitapun kekok kalau mak ayah kita kahwinkan ..tapi jodoh ni tak boleh tentu..Kita pun tak tau jodoh maut kita ni macamnana..hanya mampu kita doa yang terbaik dariNya untuk kita semua.....

    ReplyDelete
  9. Salam


    Syukur Alhamdulillah akak bakal dpt ayah baru. Ramai kita dgr anak2 akan marah bila ibu atau ayah ingin berkahwin lagi menggantikan tempat org yg telah tiada. Ada yg merajuk dan sampai tdk bertegur sapa. Begitu juga segelintir yg mengizinkan dgn 'terpaksa rela' sehingga sanggup membanding2kan bekas ibu atau ayah mrk yg telah tiada dgn pengganti yg baru sehingga menceritakan segala keaiban ibu atau ayah tiri mrk. Sedih sungguh bila ada diantara kita yg bersikap begitu. Bagi saya sekiranya telah dtg jodoh emak saya sekali lagi kami sedia terima dgn redha cuma buat masa ini emak lbh senang menyendiri. Emak akak membuat keputusan yg tepat bila dia berhasrat utk berkahwin lagi kerana ank2nya semua dah berumahtangga dan ada tugas masing2 jadi kita tak tau kesunyian hati mrk sebab kita belum lagi melalui saat itu. Sakit peningnya sekurang2 nya ada yg melihatnyakan kak. Jadi di sini saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kpd emak akak dan semoga beliau mendapat suami yg menyayanginya...aminnnnn

    ReplyDelete
  10. semoga mak kak noor tu bahagia hingga keakhir hayat...

    ReplyDelete
  11. salam mamavoque..
    t.kasih atas pandangan mama ni..iya kita hanya mampu mendoakan kebahagiaannya..sebab itu akak cakap dgn mak ni..go on kalau mak rasa bahagia dengan keputusan yang dibuat. Sebab akk tahu akk tak dapat nak menunaikan tanggungjawab sebagai anak dengan sebaiknya..terimakasih atas doa itu..amin

    ReplyDelete
  12. salam inijoe0760


    SEMOGA DOAMU ITU DIMAKBULKANNYA..AMIN.....

    ReplyDelete
  13. salam kak nor.....

    barang tembaga tu mmg cantik kan... makin lama makin berseri gitu.....

    juga didoakan semoga mak kak nor akan beroleh kebahagiaan dengan suami barunya....

    ReplyDelete
  14. salam Amy..

    tembaga cantik sbb kalau polish memang kilat memancar2..dulu akk biar je tapi angin hubby akk baik dia polishh..haaa memancor kilatnya ..akk pun terus fall in love hehehe

    terimakasih juga atas doa amy utk mak akk tu..itulah juga harapan akk ni ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails