Friday, 22 January 2010

Kekwa hitamku membiak...

KEKWA HITAM
Asslamualaikum dan salam sejahtera...kalau dipandang sekali lalu kekwa hitam ni tidaklah menarik sangat sampai nak terbawa2 ke dalam mimpi ...Bayangkanlah hitam aje..bunga, daun batang dan segalanya hitam.....nasib badan nya tak hitam..putih melepak lawan dgn hitam ..nampak cun pulak weh..
Koleksi kekwa hitam ni sangat kemelayuan dipandang mata...walaupun buatan cina...Orang kampung ramai yang memiliki set kekwa hitam ni satu masa dulu. Teringat masa kecik2 dulu, bila hari raya ke 2 pergi ke surau kampung untuk menziarahi kubur dan beraya bersama beramai2 di surau. Masing2 membawa juadah di dalam dulang yang dipenuhi dengan piring batu berisi kuih raya. Lepas tu teko2 dan cawan2 macam kekwa hitam ni digunakan untuk membuat air untuk dihidangkan sesama kami. Tapi sekarang koleksi pinggan ni tidak digunakan lagi..digantikan dengan pinggan melamine ....masa berlalu, pinggan pun bersilih ganti...

Set teko & cawan

Dulu-dulu mak ada teko ni tapi pecah... dulu tak sayang , sekarang baru tau sayang....almaklum nak dapatkan 1 teko macam ni bukannya murah pun..regenya lebih mahal dari set baru..tapi kena pandai intai2lah...kalau rasa munasabah rembat je lah..kalau tak , tunggu ada 'sale' laaaa hehehe.... Set teko and cawan ni dapat dari Shas - Warisan Bonda..sekali dapat 1 set ..bahagia betui rasanya dapat sekaligus..Cawannya sangat comel ..kecil sikit dari black roses..buatannya halus dan rim hitam keliling cawan & piring berkilat ...terimkasih shas..susahpayah bungkus semua ni ..Issh bukan senang nak bungkus2 ni...kena urut dada selalu...sabar..sabar...


Tureen ni bukan kekwa hitam tapi bunga teratai, tak kisah belasah je lah ..masukkan kategori kekwa hitam..bolehlah digunakan sekali untuk menghidang...



Piring layang ni sesuai diletak kuihmuih... Selain dari piring layang, piring mungkun kekwa hitam digunakan untuk lauk dan sayur.


Hidangan pagi

Set kekwa hitam ni banyak gunanya ...sebab tu orang dulu-dulu guna untuk kenduri kendara dan juga harian...Tahun ni rasanya nak guna sepenuhnya koleksi pinggan mangkuk lama ni... Sebab dari pemerhatianku rupa2nya kalau tetamu dihidangkan dengan set lama ,mereka jadi teruja kerana secara tak langsung mampu mengingat semula zaman muda2 yang hanya tinggal dalam lipatan memori ....ok jumpa kita lagi ..semoga panjang umur, murah reseki...byeee!

2 comments:

  1. Ya allah meleleh air lliur tgok akak masak. Bestnya. paling best bila hidang kat pinggan lama mkn pun berselera pingan lama ni ada aurakan kak

    ReplyDelete
  2. hehehe..nampak je sedap..rasanya tak tau lagi..zura boleh masak lebih sedap dari ni...kalau guna pinggan2 lama ni lagilah sodapp..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails