Thursday 21 January 2010

roses hitam

Hitam-hitam si tampok manggis,
Kemuning telah gugur bunganya,
Sungguh hitam dipandang manis,
Putih kuning apalah gunanya...
Blackroses
Set rose hitam ni menawan kalbu ..roes hitam ada ke?.tak kisahlah janji set roses hitam ni memang cun ..Set ni dapat dikumpulkan dalam masa yang agak singkat dan laluan untuk mengumpulkannya pun mudah ..Walhal set ini pada awalnya bukan dalam senarai utama dalam melengkapkan koleksi lama ni ,kerana bagiku sukar untuk mendapatkannya..Tapi dah memang tersurat agaknya mudah pulak , tidak seperti koleksi yang lain. Kepada member blogger yang secara tak langsung telah membantu terimakasih kepada kalian semua ..muahhhh

Pinggan bujur blackroses

Pinggan bujur besar tu hasil barter ngan Nannie..antara pinggan bujur yang sangat kusukai. Dengan saiznya yang besar tu boleh dibubuh sebungkus meehoon goreng ..Cukup pratikal untuk hidangan ramai..Pinggan bulat leper tu pulak rembat dikedai semasa membeli cawan2 tu..Piring mungkun memang koleksi sendiri..pemberian mak yang memang banyak pinggan & piring batu ni . Emak membeli secara kutu semasa mudanya dulu..Tak hairanlah koleksi pinggan batunya satu almari penuh..itupun banyak yang dah pecah ...

Teko Blackroses
Teko black roses kiriman kak aton..terpikat tengok kak aton entry blackrosesnya, ku cuba nasib nak dapat teko blackroses ni walaupun masa tu cawan tak de..harapan menggunung tidak dihampakan ...terimakasih berbanyak kak...


Cawan mulut lebar

Ini dapat selepas dua minggu dapat kiriman teko tu, betul-betul rezeki terpijak kali ni. Pergi ke Seremban dan adikku zie bawak pergi ke kedai2 lama...naik kelabu asap mata kak ni tgk deretan pinggan mangkuk yang lama dan yang baru...Dalam pada tu barang2 yang akak cari tak display kat depan kedai..tokey tanya mau apa...kujawab mau cawan....dipunggahnya sekotak dan bila dibuka berset2 cawan lama.tup2 nampak black roses ni ..rasa nak gugur jantungku tengok, betul2 rezeki ni..tak payahlah pening2 nak cari lagi... harga kat kedai ni bukan mcm kat kedai apek le sebab dah jadi tempat terjah bloggers dari merata tempat...tokey pun demand jugak le...apapun berbaloi jugela beli ...cun habiss cawan2 ni...Sementara tu zie, adikku sorang dah terkena virus pinggan lama ni...hahaha dia pun dah mengumpul sikit2...yang bestnya suaminya pun sama naik...ni sedang tunggu kemunculan mereka di alam maya....


Cop mohor
Dari pemerhatian selepas begitu banyak tengok jenis2 cop ,kesimpulannya cop mohor juga memainkan peranan dalam menentukan kualiti pinggan mangkuk ..Ini adalah antara cop mohor yang mencapai tahap piawaian hehehe..






mangkuk nasi
Untuk melengkapkan set roses ini mangkuk nasi ni yang terakhir dijumpai tahun lepas. Banyak juga lagi kat kedai apek tu .Disebabkan bunganya yang memikat kalbu, kuambil semuanya. Lepas tu balik rumah termenung mana pulak nak disimpan..kepada rakan2 yang nak berbarter bolehlah ..Rasanya kualiti mangkuk ni ok . Rim emas kelilingnya menyerlah lagi.. Ada ke sesiapa yang berkenan dan terkenan dgn mangkuk nasi untuk melengkapkan set , tinggal pesan ya.. Jumpa di lain hari ....bye..bye !!!


6 comments:

  1. salam kak nor..
    betul cakap akak..yg bercop hijau tu kan paling bagus kualiti dia..saya pun suka esp teko & cawannya compared cop2 yang lain..untung kak aton dok sana tau akak..sbb apekss sana ada lagi teko cenggitu..saya penah ke sana 2 kali jer..then tak pegi dah sebab jauh..hehehe..
    keep on hunting sis..mmg cantik display dlm lemari antik akak tu.. ;)

    ReplyDelete
  2. slm yatt, setuju juge cop hijau ni kualiti lebih baikkan..lebih halus buatannya dan kemaskan..skg ni yatt, kak dah kurangkan hunting takut cik abang tu melenting hahahah..slow2 je ..

    ReplyDelete
  3. salam nor..
    tahniah nor, dah lengkap nampaknya set ni,corak ros ni dgn loreknya cantik sangat tak jemu mata memandang.

    ReplyDelete
  4. slm kak..t.kasih juga pada akak sbb tlg dapatkan teko cun ni..tak de teko tak lengkaplah set ni..memang tak jemukan kak..sweet je

    ReplyDelete
  5. salam kak


    set ini sungguh nostalgiakan nampknya. paling saya suka dan saya ada jjuga set ini cawan dan piring dari nenek. tekonya dpt information dari yatt.

    ReplyDelete
  6. ok zura tunggu ye mangkuk nasinya itu ....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails