Sementara itu, set yang lain diperolehi di Maha Serdang ..beli dengan Liza yang baik budi. Kalau ada sesiapa yang ada teko gemuk rossa ni ..tinggalah pesan ya... makanan dalam pinggan tu roti telur bakar dalam oven.. sempoi je..kalau nak cuba bolehlah rujuk caranya kat blog masak2 kat penjuru atas tu.. ~Cooking Time~ Kepada semua, selamat bercuti selama 3 hari ni dan selamat menyambut Maulidur Rasul. Sama-samalah kita berdoa moga kita sentiasa diberkatiNya dan dalam keredaanNya.. Amin..Jumpa lagi ..asssalamualaikum.
Assalamualaikum & selamat datang kepada pengunjung blog Satu Nostalgia .Kemunculan blog ini adalah untuk berkongsi pengalaman dan minat & hobi dengan kalian semua .Disamping itu ia sebagai koleksi nostalgia bagi saya sendiri dan untuk dikenang oleh generasiku. Apa saja yang terpapar di sini semuanya memberi erti yang tersendiri bagi diri ini...biarpun mungkin tak bermakna & berharga pada orang lain tapi bagiku membawa seribu kenangan ....
Wednesday, 24 February 2010
Koleksi Meakin Rossa
Sementara itu, set yang lain diperolehi di Maha Serdang ..beli dengan Liza yang baik budi. Kalau ada sesiapa yang ada teko gemuk rossa ni ..tinggalah pesan ya... makanan dalam pinggan tu roti telur bakar dalam oven.. sempoi je..kalau nak cuba bolehlah rujuk caranya kat blog masak2 kat penjuru atas tu.. ~Cooking Time~ Kepada semua, selamat bercuti selama 3 hari ni dan selamat menyambut Maulidur Rasul. Sama-samalah kita berdoa moga kita sentiasa diberkatiNya dan dalam keredaanNya.. Amin..Jumpa lagi ..asssalamualaikum.
Tuesday, 23 February 2010
Gandum membiak....
iaitu Teratak Rimbun....happy go lucky depa ni...
Thursday, 18 February 2010
~pecah kaca pecah gelas~
Gelas berkaki ni boleh tahan tebalnya..cantik ni..peninggalan tuan rumah yang kami beli 5 tahun lepas...macam2 yang ditinggalkannya..yang berkenan disimpan, banyak juga dibuang..berlori juga yang dipunggah keluar..Kalau tak rumah kami ni jadi pusat alam flora pulak....sebenarnya sampai sekarang pun masih ada saki baki lagi..
Set gelas ni peninggalan arwah mak mertua akak..Masa mula2 kahwin kak dah nampak gelas ni digunakan ..masa tu pun dah jatuh cinta dengan koleksi ni...disebabkan akak duduk sama dengan arwah hingga akhir hayatnya, gelas ni pun samalah juga ...Ezany dan Yatt ada koleksi ni...Ada 3 warna biru, coklat dan hijau..nipis senipis kulit telur .
Jug hijau ini yang besar sikit....cantik sangat dengan warnanya tapi nipis ...seram nak guna..takut berderai !
Gelas hijau pokodot ni tinggalan arwah mak mertuaku...masa kenduri kendara gelas ini digunakannya selalu..sayang pulak dah tinggal 4 biji , ada ke jual lagi? ....ngape pokodot? akak yang beri nama sebab dinding gelas ini ada corak pokodot..
Gelas ni kepunyaan arwah abah akak - masa arwah berniaga zaman diri ini masih berhingus lagi weh..... ini je sempat yang masih ada lagi..
Style gelas ni dah berpuluh tahun lamanya ..masa akak kecik2 sering tengok digunakan di kedai2 kopi ..untuk minuman panas...termasuk mak akak yang berniaga kedai makanminum ni Dulu punyalah banyak tapi le ni tinggal ni je...pada sesiapa rakan2 kita yang ada simpanlah sebab masa akan datang saham gelas ni melambung tinggi ..kwang..kwang...
Pic terakhir ni adalah gelas hadiah minum chinese honey zaman dolu2..bukan kami yang minum tapi kawan chinese yang minum ..masa kami ambilalih rumah dan tanah mereka, banyak juge koleksi lama ni yang ditinggalkan sekali..ini salah satu gelas yang ada..simpan juga sebagai koleksi je..mungkin ada antara rakan yang berminat bolehlah tinggal pesan ya...okeh ada satu info di sini..pada sesiapa yang nak tahu tentang bank Islam dan pembiayaannya dalam kad kredit dan pinjaman petang ni di TV3, pada pukul 5 pm . Ramai antara kita termasuk akak sering mempersoalkan kenapa Bank Islam ni mahal? Apa bezanya dengan bank conventional? Pagi ni akak tertengok slot ~ Tanyalah Ustaz ~diTV9 menyentuh issu ini ...jum tengok nanti..semoga kita mendapat hidayahNya...jumpa kita lagi ...byeeeeee
Wednesday, 17 February 2010
Koleksi 'Anchor Hocking' - Suburbia
Corak bunga dan daun..hijau kekuningan
Sunday, 14 February 2010
Patin oh Patin
Kebetulan masa kami pergi melawat sekitar sangkar ikan ini, ada budak yang mengail ikan dapat ikan kerai..ikan ini kalau beli di pasar sekilo RM35. ..tapi dah rezeki kami diletgonya RM10 sahaja seekor tu.. dimasak lemak cili api..terangkat !..nanti dah masak boleh entry ok..Ikan kerai ni makin besar makin sedap dan makin mahal le...
Ini bukan hidup dalam sangkar..tapi hidup dalam sungai.
Sepupu akak ini sedang menangkap ikan patin yang diorder untuk mkan kenduri doa selamat. Dia ni bukan berdiri dalam sungai tapi dalam sangkar atas jaring ..Sangkar ikan telah dinaikkan dari dasar sungai ke atas permukaan sungai. Ini cara menangkap patin2 ni . Macam senang je menangkap ikan ini..Patin ini dipelihara selama selama beberapa bulan..Sehingga cukup matang dan besar baru dijual...Isi patin yang sedap beratnya mesti melebihi 700gram..baru ummphhh!!
Haaa..ambik ko , berebut-rebut ikan ni nak masuk dalam karung tu untuk dikorbankan..Dalam masa tak sampai setengah jam penangkap ikan ni dah dapat masukkan lebih kurang 30 ekor ke dalam karung ni.....best tul cam ni..kalau pancing ikan 1 jam belum tentu dapat sekor pun.....
Din ni tuan punya sangkar ikan merangkap sepupu akak sedang menaikkan sangkar kepermukaan sungai untuk langkah awal menangkap ikan patin ni...sepatutnya gambar ni awal2 ditunjukkan tapi tak kisahlah asal faham ya...
Mereka sedang menaikkan sangkar ke atas..kirikanan semuanya sangkar tu..berbentuk empat segi dikelilingi jaring ..Ikan tu terkurung dalam sangkar ..tidak bebas ke mana-mana tapi membesar dalam sungai. Makanannya khas disediakan disamping rezeki alam yang lalu dalam sangkar ikan ini..tapi kalau nak harap rezeki dalam sungai rasanya tak akan membesar ikan2 macam dalam gambar ni..almaklum je ..Ikan 2 ni bukannya bebas ke mana2 hanya dalam berlegar dalam rumah jaring ni je...
Gambar dari jauh sangkar2 kepunyaan Din ..bersusun - susun.. Bilalah pulak akak nak jadi tokey ikan patin ni..ada hati pulak tu..seronok pulak masa kak duduk tengah - tengah sangkar sungai ni..bermain dengan alam ...Setiap kali pergi rumah Din, ada je habuan untuk kami ..sampai naik segan pulak nak ke umahnya selalu..Tapi biasalah orang berbudi kita berbahasa..taklah malu sangat kalau tersinggah rumahnya untuk mencari ikan segar..hehehe...Oklah kita jumpa dientry lain..kita kongsi pula masak patin asam tempoyak ni langkah demi langkah...jumpe lagi byeeee...
Wednesday, 10 February 2010
Hangat sehangat masak asam patin sungai.....
Salam semua.....
Ikan patin siap digaul dengan ciliapi dan tempoyak
Pinggan & cawan bujang pionies
Saturday, 6 February 2010
Titipan Seorang Sahabat
Entry petang ni sangat istimewa bagiku kerana koleksi yang 'istimewa' di atas adalah titipan dari seorang sahabat alam maya yang jauh nun di selatan tanahair...bukan senang meluangkan masa untuk mencari koleksi2 ini semata2 bagi memenuhi keinginan orang lain . Terimakasih tak terhingga kepada rakan maya yang 'low profile' ni..Seorang yang sangat sibuk tetapi masih sudi meluangkan masa untuk berkongsi minat dan hobi ni..Kerana hobi & minat yang sama ..terjalin satu ikatan persahabatan walaupun di alam maya...kerana kami tidak pernah berhubung melalui talian apapun kecuali alam maya ni...Minat yang sama mampu mendekatkan kita semua tanpa mengenal status dan latarbelakang kita..ini pendapat peribadiku lah ..tak taulah apa kata members semua...
Teko gemuks dan cawan-cawan ala2 meakin ni hasil berbater kami ...teko dan cawan ni sangat membuat akak teruja..bukan senang nak dapat koleksi ni ..trimakasih yg amat sangat kepada rakan blogger ni ...sementara pinggan meakin sunshine tu kak dapat di kedai apek ..sebanyak 8 keping dengan regenya yg amat2 berbaloi..pakan ada 8 je kalau 80 keping pun ku rembat kalau dah regenya macam tu...harap2 jumpa lagi set ni ....durian runtuh bukan selalu ..setahun sekali je ..hehehehe..bawak bersabo...
Di samping set teko ni , sahabat ni telah menitip satu benda yang buat ku melompat suka..ibaratnya gitulah..taklah melompat betul2..dah tua2 ni tak boleh silap laku..kang lain hal lak jadinya..acuan muffin...tak disangka acuan ni rupanya porcelain ..memang cantik sangat..cantik dari dalam gambar ni ..pemberian ini membuat akak terharu dan besar nillainya ni....
belum bakar
Ini muffin yang belum dibakar..malam semalam buat muffin sebab anakku Ahmad nak bagi cikgu-cikginya kat sekolah..entah angin apa tak taulah..tapi layann jugelah untuk sukakan hatinya dan hati cikgu2nya...Mestilah cikgu2 suka dapat walaupun seketul sorang ..terasa anak murid hargai susah payah mereka mendidik...Sebab tu penat2 pun buat juga untuk penuhi hajat anak kecik ni....
Friday, 5 February 2010
Set Ros Merah Jambu.....
Close-up bunga roses ni..teko sumber dari Salina- storantik..hehe..macam goreng pisang panas permintaan atas teko ni masa dia published kat blognya...siapa yang dapat senyum panjang le...Akak ni berbarter ngan Salina ni....terimakasih daun keladi na...cunnn kan bunga ni...
Ini pinggan bujur dari NurSalam ....ngam2 je ikan bawal putih kukus ni . kukus je terus dalam pinggan ni..boleh tahan tebal pinggan ni. Sebelum ikan ni kena ngap, kak sempat bagi posing dengan teko & cawan2nya tu..sampai suami kena tunggu kejap tunggu akak shot...tak pe lah mood ok..kalau tak, mau akak berani hehehe .. Ok na..pinggan bujur masih kat akak..bilalah nak hantar ni..apapun selamat dalam simpanan akak ni..
Thursday, 4 February 2010
Rose Hitam Lagi
Kisah cawan sirose hitam yang tak berapa nak menawan ni..hampir sepurnama terbiar tidak berpiring dan beribu....tapi atas jasa baik Yatt, piring telah dititipnya...dicarigali olehnya dari Kluang kalau tak silap. Cerita tahun lepas ni...lama juga dah. Betul2 kagum ngan Yatt ni sebab boleh cari piring sirose hitam ni.....terimakasih atas tersusah payah itu ....akak hargai yang amat..ku kenang jasamu my sis..
Teko sirose hitam ni puas pujuk rayu cik adik Shas tu....tak mau juga dilepaskanya..hampir2 ku letgo je cawan2 ni ..tiba2 dapat berita teko roses akan dikirimkan ..bulan 12 lepas...dapat juga sudahnya...Shas siap pesan..dah kata bawak2 bersaboooo.....apapun terimakasih ya Shas..tak jadilah nak letgo weh..tekonya cun betul..padanlah cik shas tak nak lepaskan....
Walaupun cawannya tak berapa nak cuna macam mulut lebar tu tapi sebabkan tekonya cun, sedap juga mata ni memandang...
Ini sukusakat sihitam rose ni.....almari ni dahlah lama, padat pulak..jangan runtuh dah le....layannnnnn..jumpa kita lagi..bye..bye...
Renung sejenak..
(Surah at-Taghabun, ayat 14)